10 Produk Kecantikan Wajah Yang Mendapat Banyak Review Positif dari Masyarakat

Antara produk terbaik SK II ialah Facial treatment essense, juga dikenali sebagai ‘miracle water’. Produk ini amat sesuai bagi mereka yang ingin melambatkan proses penuaan, agar wajah nampak lebih muda. Ia juga mendapat rating 5 bintang dikalangan pengguna. Tapi kalau lihat dari sudut harganya pun boleh tahan juga mahalnya. Boleh kering dompet jika nak beli setiap bulan. Kalau nak beli satu set pula boleh mencecah harga ribuan ringgit. Fuh ! Anda tentukan. Berbanding produk terdahulu garnier yang berasaskan lemon, produk terkini mereka iaitu garnier sakura white nampaknya lebih banyak sambutan dan review positif. Labelnya pun comel gitu. Ala-ala jepun. Siapa tak nak kulit cerah pinkish. Produk ni antara yang mudah nak dapat dan beli. Tapi saya tak pernah cuba lagi produk ni, Cuma memang kerap nampak bila visiting guardian ataupun watson. Bila research pasal produk ni, wow ! Rupanya banyak juga review positif. Ia juga sesuai untuk kulit yang sensitif.

Kunjungi Juga Spesifikasiproduk.com untuk mengetahui Review Produk-produk Terlaris di Pasaran Indonesia saat ini, agar tidak ketinggalan untuk mendapatkan diskon harga besar-besaran untuk setiap produk yang ditawarkan. Serta Bisnis, Aplikasi Sadap WA Terbaik dan berita Viral terbaru.

10 Produk Kecantikan Wajah Yang Mendapat Banyak Review Positif
10 Produk Kecantikan Wajah Yang Mendapat Banyak Review Positif

Produk ni merupakan salah satu produk kecantikan dari Seoul, korea. Dah lama dah brand ni. Dari tahun 1957 lagi. Memang dipercayai oleh ramai pengguna. Produk ‘makanan kulit’ ini diproses dari bahan-bahan semulajadi, iaitu organik.Oleh itu, ia memang disarankan jika anda mempunyai sensitiviti terhadap produk kecantikan lain yang mengandungi kimia tinggi. Tahu produk ni pun dari senior tempat kerja. Mula-mula tu wajah dia memang penuh jerawat. Puncanya kerana tak sesuai dengan produk kosmetik. Then, perasan yang jerawat dia ni dah berkurang sangat. Perubahan yang cukup ketara. Bila tanya, dia pun sharelah rahsia dia ni, produk skin food. Bila cari online, wow.. Banyak juga review positif produk ni.. Kalau tengok produk hada labo ni, memang memikat jiwa.. Ha ha.. Ni salah satu produk dari jepun. Hada bermaksud kulit, Labo pula bermaksud Laboratory ataupun makmal. Jadi maksud Hada Labo ni ialah ‘makmal kulit’ ! Nak dapat kulit cerah susu boleh try produk ni. Review produk hada labo ni memang mostly positif. Suka baca blog yang sharing pasal hada Labo ni. Saya pun berniat nak cuba juga produk ni. Tapi belum berkesempatan lagi.. He he.. Masih setia pada Dnars. Update 30 June 2016 : Baca review penuh saya mengenai Hada labo disini.. Produk ni pun antara yang famous dan banyak review positif. Ada jugalah member saya yang guna bio essense ni. Memang halus saja wajahnya. Tak nampak oily langsung. Itupun dia guna krim malam bio essense saja. Harganya pula masih mampu milik. Nak guna produk ni, belum terfikir lagi pula. Hi hi..Antara produk bio essense yang mendapat sambutan ialah Tanaka white dan produk berasaskan bird nest tu.. Okaylah. Setakat ini saja perkongsian saya. Untuk penambahan dan pertanyaan, drop komen anda diruangan komen ya.

Produk cellnique ni tak pernah cuba lagi dan tak pernah ambil tahu pun sebelum ini. He he..Tapi memang banyak review positif cellnique ni. Harganya memang agak mahal sedikit, tapi rasanya berbaloi untuk mereka yang berniat mencubanya. Merupakan produk yang sedang saya gunakan sekarang ini. Saya beralih dari Safi Rania gold pun sebab terpengaruh dengan testimoni live kawan lain mengenai Dnars. Wajah jadi lebih cerah selepas beberapa bulan menggunakan Dnars. Yang penting kenalah konsisten. Produk ni memang mampu milik ye. Bolehlah intai-intai di kedai jamu berdekatan anda. Trial pek untuk Dnars harganya bawah Rm60 rasanya. Dah lupa pula.. hi hi.. Baca review penuh saya mengenai produk Dnars disini.. Loreal ini antara produk yang popular diperingkat antarabangsa. Saya kenal loreal ni pun dari seorang kawan yang gunakan salah satu produk loreal iaitu, krim melanin vanish double booster. Wajahnya memang nampak cerah dan sangat berseri. He he.. Harga around Rm50- Rm60 sebotol. Masa tu masih student lagi.

Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan. Maklumlah wajah yang mulus, cerah dan gebu ini merupakan aset berharga buat wanita. Sebab itulah wanita sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Tak kiralah samada wanita bujang ataupun wanita yang telah berumahtangga. Kesempurnaaan kulit wajah mampu memberikan keyakinan yang tinggi bagi seseorang. Begitulah hebatnya kuasa kecantikan. Pada zaman sekarang ini, bukan wanita sahaja rajin jaga kecantikan, lelaki pun sama juga. Kewujudan pelbagai produk baru untuk krim wajah, minuman kolagen, suntikan membuktikan ramai orang memang obses kesempurnaan dan kecantikan wajah. Sebab itulah pemilihan produk kecantikan untuk kulit muka ini penting. Sebelum memilih produk, biasanya saya akan tinjau-tinjau jugalah produk yang tengah hot dan laris dipasaran. Risau juga kadang-kadang bila baca bahagian testimoni. Sebab kadangkala testimoni ini boleh dibayar / dipalsukan. Ho ho.. Sebelum ini saya pernah terjah sebuah blog pasal produk kecantikan. Bukan main banyak testimoni yang saya baca.

Kira cukup mahallah. Hi hi.. Bila dah bekerja, berkesempatan juga try produk ni krim melanin vanish double booster. Memang best krim ni. Water base dan wangi sangat. My husband yang try juga kata yang produk ni best. Tapi rasanya produk ni dah tak ada lagi dipasaran. Loreal ini banyak jenis. Kenalah pilih mana satu yang ngam dengan kulit dan banyak review positif.. Produk loreal memang dipercayai kualitinya.. Saya kenal produk ni pun sebab promosi orang sekampung. Banyak juga yang mempromosi produk ni. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan sampingan sambil menggunakan produk Mary kay ni, bolehlah jadi agen. Prosesnya, saya kurang pasti. Based on review dan kajian saya sendiri. Chewahh.. memang banyak pengguna produk Mary Kay ni. Mary kay adalah rangkaian produk krim wajah, pencuci hinggalah ke kosmetik. Harganya pun memang boleh tahan mahal. Nak kata mampu milik rasanya oklah juga. Harganya mencecah puluh dan ratusan gitu. Ho ho.. Mary Kay pun salah satu expert untuk kulit wajah bermasalah.

Bila baca diruangan komen, banyak pula komen negatif pasal produk tu. Jadi saya pun lost trust. Buat masa ini, saya selesa menggunakan produk kecantikan daripada FynProfessional yang mementingkan kualiti kulit yang sihat.. Disini saya share dengan anda, produk-produk di malaysia yang mendapat banyak review positif samada melalui pengalaman orang lain ataupun saya baca dari pengalaman blogger lain. Saya lebih suka review produk oleh para blogger kerana mereka lebih jujur berbanding testimoni mesej ataupun whatsapp yang discreenshot. Ada antara produk kecantikan ini yang saya sendiri telah gunakan dan sempat juga buat review. Anda hanya perlu klik link untuk baca. Siapa tak kenal SK II. Produk kecantikan ini adalah ekstrak wain beras yang berasal dari Jepun. Ia mengandungi pitera hampir 90%. Produk ini popular kerana si pemakainya yang mempromosikan produk ini bukan calang-calang. Kebanyakan mereka yang memulakan penggunaan produk ini adalah artis antarabangsa. Sebab itulah ramai yang mempercayai produk dari SK II.

Produk ni berasaskan ekstrak sakura dan vitamin pencerah. Berminat juga nak try produk ni lain kali. Ho ho.. Harganya pun memang mampu milik ya. Sesuai bagi mereka yang kurang budget. Sekarang ni, Nora Danish pula yang jadi duta Safi Rania gold. Bercakap pasal produk ni. Ia antara produk yang saya pernah cuba juga. Memang elok jugalah untuk kulit. Nampak kesannya. Antara produk safi rania yang saya pernah cuba adalah pencuci gel untuk wajah, krim malam dan toner. Sangat sukakan kesemua produk ni. Gel pencuci ni memang wangi dan best bila cuci wajah. Toner dia pula memang wangi sangat. Krim malam pula antara produk safi yang saya pernah in love with ! Sebab ia boleh tolong kecutkan jerawat. Nampak kesannya 1 malam sahaja. Krim siang tak pernah try lagi, tapi baca pengalaman orang lain, kulit kita ni biasanya akan jadi lebih berminyak. Harga dia pula memang mampu milik. Boleh cari di mana-mana kedai, watson ataupun guardian.